Menilai Ucapan, Mantapkan Pimpinan
Nilailah setiap ucapan saya, bukan selalunya sempurna. Khilaf manusia juga ada.
"Setiap orang boleh memimpin, apa yang perlu diberi adalah ruang dan peluang. Berilah pada muka baru, saya orang lama. Saya amat komited dengan setiap tugas SMF, itu tidak boleh disangkal.."
- Muhd Ehsan Kamil Mohd Radzi
(Malam Pemilihan Majlis Pimpinan SMF)
"Berapa ramai pemimpin yang apabila ada jawatan, dia boleh jadi pendengar yang baik. Semua orang di depan saya adalah pemimpin, malah lebih petah berbicara berbanding saya.."
- Muhd Ehsan Kamil Mohd Radzi
(Malam Debat Calon Presiden BASiC)
"Kita dalam BASiC Kedah bermatlamat untuk memperkasa keupayaan akademik dan kemahiran pentadbiran, melindungi kebajikan ahli kelab, membawa dimensi baru hubungan pelajar dengan kelab, memberi nilai dan program bermanfaat, berusaha menjadi kelab dominan dalam kampus.."
- Muhd Ehsan Kamil Mohd Radzi
(Transisi Asas Transformasi BASiC Dungun-Merbok)
"Ada kalanya nilai seni itu perlu ada, dalam diri pemimpin dan pentadbirannya. Itulah namanya Arts of Politics.."
- Muhd Ehsan Kamil Mohd Radzi
(Malam Debat Calon Presiden BASiC)
"Ayat ini memiliki satu falsafah dan suatu dimensi dakwah juga politik, yang kalau kita hujah dalam kerangka ilmu dan dasar, membuktikan Islam memberi kebebasan untuk berhujah dan berdiskusi, dalam apa bentuk tujuan sekalipun.."
- Muhd Ehsan Kamil Mohd Radzi
(Malam Debat Calon Presiden BASiC)
"Kita buat re-branding, bukan bermaksud kita tukar nama BASiC itu kepada ADVANCED, tapi pendekatan yang diambil itu harus berbeza.."
- Muhd Ehsan Kamil Mohd Radzi
(Malam Debat Calon Presiden BASiC)
"Kita BASiC Kedah punyai hala tuju baru, iaitu membentuk aliran pemikiran baru mahasiswa, membentuk jaringan antara kelab dalaman dan luaran, menerapkan semangat sukarelawan, membawa kelab ke persada antarabangsa, & mempraktik model pentadbiran negara maju.."
- Muhd Ehsan Kamil Mohd Radzi
(Transisi Asas Transformasi BASiC Dungun-Merbok)
"Kita melihat ini satu langkah positif, hubungan kerjasama antara BASiC Dungun dan Merbok perlu dimensi baru, saya berharap kepimpinan BASiC Dungun yang baru, komited untuk bersama-sama kita BASiC Kedah, kami juga masih baru.."
- Muhd Ehsan Kamil Mohd Radzi
(Transisi Asas Transformasi BASiC Dungun-Merbok)
2.jpg)
Comments
Post a Comment